Saturday 10 December 2011

kepal

3 cawan beras pulut ~ dicuci bersih & tos kering
3 cawan kelapa parut putih yang agak muda
1 ketul gula melaka / 3 keping gula nisan
1 cawan gula pasir (atau ikut manis yang dikehendaki)
8 cawan air
2 helai daun pandan ~ simpul

Cara2

1. Sangai beras pulut yang dah dicuci tadi sehingga keperangan & berbau wangi. Sejukkan sebentar.

2. Kisar beras pulut sehingga halus & ayak. Ulangi proses sehingga kesemua beras pulut siap di ayak.

Asingkan/simpan tepong beras pulut sebanyak 1/3 cawan untuk tujuan salutan (coating).

3. Di dlm periuk masak 3 cawan air bersama gula melaka/ gula nisan sehingga larut. Tapiskan air gula ke dlm kuali yg agak besar. Tambahkan 5 cawan air lg dlm kuali yg sama dan didihkan. Masukkan gula pasir, kelapa parut & daun pandan. Kacau sebati.

4. Bila dah mendidih & berasap2.. perlahankan api lalu masukkan tepong beras pulut yg dikisar tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Kacau sehingga betul2 rata & likat. (jika terlalu likat & adunan tidak serata.. boleh tambahkan lagi air panas ke dalam kuali & kacau lagi).

5. Bila nampak adunan dah rata & bergumpal & agak2 dah boleh dikepal.. tutupkan api. Tunggu suam sedikit, bolehlah dikepal2.
Salutkan setiap kuih yg dikepal dengan tepong beras pulut yang diasingkan tadi.

Nota.

Jika dapati adunan kurang manis.. gula boleh ditambah kemudian iaitu semasa mengacau kuih. Begitu juga dengan sukatan air juga boleh ditambah kemudian. Yang penting.. adunan perlu dikacau semula sehingga sebati & likat bergumpal.

*Gunakan sarung tangan plastik semasa mengepal kuih agar kuih tahan lama.

No comments:

Post a Comment