Saturday 10 December 2011

Apam PolkaDot aka Apam Dot Dot

Bahan-bahan
...
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)*Ina wat coklat filling..blueberry ank2 kurang gemo..;D
Pewarna


Cara-cara
  • Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  • Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  • Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  • Picitkan blueberry/coklat filling secukupnya.
  • Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  • Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! (berdasarkan pengalaman..:D).

No comments:

Post a Comment